MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KE 66, TAHUN 2023
Sambutan Hari Kebangsaan Kali ke-66 Peringkat Sekolah telah disambut dengan meriah sekali pada 25 Ogos yang lalu. Guru-guru telah menggayakan pakaian bertemakan Pakaian Tradisional pada hari tersebut.
Majlis ini dimulakan dengan persembahan Deklamasi Sajak yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar 2 Cassian iaitu Yugan Thevar, Wan Affan dan Jeff lam serta Tan Jing Ling dari 4ST.
Seterusnya, persembahan nyanyian yang bersemangat daripada Ignatius dari kelas 4PN dengan lagu yang bertajuk Warisan.
Majlis dimeriahkan lagi dengan Gimik Persembahan Pentomin Kemerdekaan yang dilakonkan oleh 32 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1-5 bersama Tuan Pengetua.